LOGIN
 
Kod Organisasi
Kata laluan
    
Lupa Kod / Kata laluan?
Sila hubungi PKG.
 
PAUTAN
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Muat turun dokumen
Pengumuman
Lanjutan Tarikh Tutup SSQS

Tarikh pengisian data SSQS dilanjutkan sehingga 30 Ogos 2009. Harap maklum.


Pelaksanaan SPPICTS 3/2009

Pelaksanaan kutipan data untuk Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) bagi semua sekolah untuk kutipan kali ke 3 akan dijalankan mulai 14 September 2009 hingga 2 Oktober 2009. Semua sekolah diharap bersedia.


 
 
 PENGENALAN

 

Portal ini dibangunkan bertujuan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi pemantauan yang akan digunakan di sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan ICT di sekolah.  Setakat ini, terdapat dua aplikasi utama telah ditempatkan di dalam portal ini iaitu Sistem Smart School Qualification Standards dan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah.

Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.

SPPICTS boleh diakses dialamat berikut;

a. http://ssqs.moe.edu.my atau
b. http://pnp.moe.edu.my/ssqs

Tempoh Kutipan Data

a. 22 Feb 2009 - 13 Mac 2009
b. 15 Jun 2009 - 03 Julai 2009
c. 14 Sept 2009 - 02 Okt 2009

PERHATIAN: Semua kutipan kali ke tiga bermula pada 14 September 2009 dan berakhir pada 19 Oktober 2009. Semua sekolah diharap membuat tindakan segera. Harap maklum.

 

 

Hakcipta © 2009 Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).
PENAFIAN : Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan
yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.