Makluman
Video ini diterbitkan dalam kualiti HD. Kualiti visual dan audio yang anda tonton bergantung kepada capaian internet anda.
Kimia Tingkatan 5:
Kadar Tindak Balas - Tingkatan 5
Nama Guru | Hajah Aishah Mokhtar |
---|---|
Nama Sekolah | SMK Jitra, Jitra, Kedah |
Tahun/Tingkatan | Tingkatan 5 |
Subjek/Aspek | Kimia / Aspek 4.2: Penguasaan Pembelajaran Murid |
Tarikh Muat Naik | 29-10-2014 06:43:06 |
Video ini memaparkan pembelajaran dan pengajaran (PdP) Kimia Tingkatan 5 bertajuk Kesan Kepekatan dalam bidang Kadar Tindak Balas. Pelajaran dimulakan dengan set induksi tentang kaitan kadar tindak balas dalam kehidupan harian. Guru memasukkan elemen kemahiran berfikir aras tinggi di mana perbincangan berfokus kepada perbezaan lokasi yang mempunyai kepekatan ion berbeza yang mempengaruhi kadar kerosakan bangunan dan proses karatan.